Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.

Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.

Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.

Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.

Adikung Duke membawa peralatan perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.

Kemudian, Perdama Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.

Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan

Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.




Peraturan 35 ( Akhbar, Siaran Radio dan Telivisyen, Filem dan Penerbitan-Penerbitan )

35. (1) Ahli-ahli Persekutuan Pengakap tidak dibenarkan mengeluarkan fikiran mereka di dalam akhbar atau melibatkan diri mereka dalam penyiaran radaio dan talivisyen dalam sebarang perkara berkenaan dengan Dasar Pengakap atau perkara-perkara mengenai Pergerakan Pengakap dengan tidak mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pesuruhjaya Negara.

(2) Sungguhpun begitu, Majlis-Majlis Pengakap Negeri boleh mengeluarkan pemberitahuan-pemberitahuan dan laporan-laporan di atas gerakerja-gerakerja ahli-ahli mereka kepada akhbar dan boleh juga menerbitkan risalah-risalah dan buku-buku bagi perkembangan Perkembangan Pengakap dalam Negeri mereka masing-masing, tetapi hendaklah mengikut dasar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja dan dalam perkara buku-buku dan risalah-risalah, kandungan-kandungannya hendaklah dihantarkan kepada Ketua Pesuruhjaya Negara bagi persetujuannya dan apa yang tidak dipersetujukan tidak boleh diterbitkan.

(3) Majlis Pengakap Negeri boleh, dengan kebenaran Pesuruhjaya Negeri, menerbitkan dan menggalakkan penerbitan Majalah Pengakap asalkan apa yang diterbitkan tidak melanggar dasar dan tujuan bagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan ini.

PESURUHJAYA DAERAH BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PESURUHJAYA NEGERI

Fungsi Pesuruhjaya Daerah di daerahnya adalah secara am, bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Negeri dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, dengan kerjasama Majlis Daerah Pengakap di mana perlu, untuk kebajikan, kemajuan dan latihan Pergerakan dan untuk dasar organisasi dan persatuan, terutama :-

1. Untuk memberi sokongan, bimbingan dan nasihat kepada kumpulan-kumpulan Pengakap di- dalam daerah dalam bidang-bidang berikut :-

i. Penyediaan rancangan-rancangan untuk memenuhi objektif kakitangan kumpulan-kumpulan dan pengurusan peribadi.
ii. Perkembangan Pergerakan.
iii. Program Muda/Remaja dan aktiviti-aktiviti latihan
iv. Harta dan pentadbiran.
v. Latihan Pemimpin.
vi. Pentadbiran kakitangan.
vii. Pemasaran dan Promosi Pergerakan Pengakap.


2. Mengalakkan kemajuan kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah supaya setiap generasi muda berpeluang mengambil bahagian di dalam Pergerakan Pengakap.

3. Menyelia secara am aktiviti kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah Pengakap dan memastikan jawatankuasa kumpulan menyokong cadangan dan menerima laporan-laporan pencapaian mereka

4. Bersama-sama dengan Pemimpin Kumpulan menilai pencapaian kumpulan tersebut.

5. Menyiasat dan menyelesaikan perselisihan di antara ahli-ahli Pergerakan sebagaimana diperlukan.

6. Memastikan Jawatankuasa Pengurusan ditubuhkan bagi setiap kem atau kawasan aktiviti didalam Daerah dan bertindak sebagai Penasihat bagi Jawatankuasa Pengurusan.

7. Bekerjasama dan menjaga hubungan baik dengan lain-lain pertubuhan belia di dalam masyarakat khasnya Pandu Puteri, B.P. Scout Guild, Persaudaraan Pengakap Raja dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat amnya.

8. Memastikan semua Jawatankuasa Kumpulan hadir perlantikan Pemimpin Kumpulan sebagai suatu yang diutamakan.

9. Melawat kumpulan-kumpulan dan memberi nasihat tentang cara menjalankan aktiviti sebagaimana yang tercatat didalam ‘Scouting for Boys’, POR dan Buku Panduan Pengakap

10. Berurusan dengan apa sahaja di bawah bidang kuasa beliau mengikut POR. terutamanya dengan :-

i. Tauliah-tauliah
ii. Pangkat-pangkat terhormat
iii. Pendaftaran kumpulan
iv. Keahlian Pengakap dan ahli-ahli biasa
v. Pingat-pingat dan anugerah-anugerah

11. Mengawal semua pelawat Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja ketika perkhemahan dan Kelana bertindak sebagai Penasihat dalam apa jua situasi. Sekiranya perlu perkara tersebut akan dilaporkan kepada Pesuruhjaya berkenaan.
P.O.R singkatan daripada "Policy - Organisasion - Rules", atau Bahasa Melayunya" Dasar Pertubuhan, Peraturan " ( tapi bagi aku lebih sesuai diterjamahkan kepada < Dasar Peraturan, Pertubuhan >, merupakan dasar peraturan pertubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah diperbadankan di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968. Selepas itu beberapan pindaan telah dibuat antaranya pada tahun 1974 dan 1989.




Isi Kandungan 

Bahagian I - Akta Perbadanan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968.
Bahagian II - Tujuan dan Dasa
Bahagian III - Perlembagaan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia dan Majlis Pengakap Malaysia.
Bahagian IV - Tauliah-tauliah
Bahagian V - Pertubuhan Negeri
Bahagian VI - Pertubuhan Daerah
Bahagian VII - Pertubuhan Kumpulan
Bahagian VIII - Pakaian Seragam dan Lencana Pangkat
Bahagian IX - Bintang-Bintang dan Anugerah-Anugerah
Bahagian X - Latihan
Bahagian XI - Am

Bahagian I - mengandungi seksyen-seksyen dalam Akta No.38 tahun 1968:

Susunan Seksyen

1 - Tajuk ringkas dan pemakaian
2 - Tafsiran
3 - Memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap di Sabah dan Sarawak.
4 - Matlamat perbadanan
5 - Tujuan dan maksud-maksud perbadanan
6 - Majlis
7 - Meteri Perbadanan
8 - Daftar ahli-ahli
9 - Kaedah-kaedah dan Undang-undang Kecil
10 - Memindah-milik harta dan tanggungan, dsb.
11 - Menggunakan pendapatan dan harta
12 - Sekatan atas penjualan lencana, dsb., persekutuan
13 - Memiliki lencana dan sekatan atas menggunakan lencana
14 – Pemansuhan


KONTINJEN PPM WPKL 
KE KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK DI TERENGGANU




















MESYUARAT PEMIMPIN-PEMIMPIN PENGAKAP
DAERAH LEMBAH PANTAI 




MESYUARAT PEMIMPIN-PEMIMPIN KUMPULAN
DAERAH CHERAS








PENGAKAP KUALA LUMPUR BERSAMA 
DATO DR ELLI BIN MOHD TAHIR, 
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI WPKL 
KE MAJLIS PERASMIAN TILAWAH AL QURAN 
PERINGKAT ANTARABANGSA DI PWTC